Zapin -Pengalaman Muzik Arab
9 Oktober (Jumaat)
Zapin -Pengalaman Muzik Arab
oleh Samrah Al-Wehdah Al Arabia
Singapura
Bayangkan majlis megah kaum keluarga Arab Selatan dan kini bayangkan anda diundang khas untuk menghadirinya. Pasti mengkagumkan! Bersama-sama menikmati suasana muzik zapin serta berhibur dengan tarian samrah yang berasal dari Hadhramaut, rantau Selatan Arab. Zapin cukup popular di Singapura, Malaysia dan juga Indonesia. Muzik Zapin atau Zafin yang terdiri daripada gambus yang berasal dari Yemen, akordion, biola, marwas dan juga rebana, dipercayai diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Arab beragama Islam pada zaman ke-14. Sejak itu, muzik zapin telah berkembang dalam masyarakat Arab-Melayu di Singapura dan Malaysia. Zapin kini diadunkan dengan muzik tradisi Melayu menjadi sebuah muzik yang tersendiri.
Bersiap sedialah untuk malam yang penuh kemeriahan dan tarian diiringi muzik persembahan Persatuan Arab Singapura, Al Wehdah Al-Arabiah Bi Singhafura! Persembahan Persatuan Arab Singapura ,Al-Wehdah Al Arabiah Bi Singhafura.
(90 min, tanpa masa rehat)
Studio Resital Esplanade, 8mlm
$18










