Wira Bukit
9 & 10 Oktober (Jumaat & Sabtu)Wira Bukit
oleh Teater KAMi Singapura
Dipentaskan buat kali pertama di tahun 1989, sempena perasmian Teater Kami di Drama Centre, Fort Canning, Wira Bukit merupakan titik tolak terjalinnya hubungan kerjasama Teater Kami bersama Sasterawan Negara Malaysia, A.Samad Said.
Wira Bukit menyelongkar gaung kenangan peristiwa revolusi dan darurat di Indonesia dan Malaysia hingga kepada keresahan penduduk kampung.
Wira Bukit kisah sisa pedih selepas revolusi. Kepulangan Zahdi, seorang bekas pejuang kemerdekaan Malaysia yang lari ke Indonesia kerana menghadapi masalah ketika itu, ke tanah air setelah dua-puluh tujuh tahun menimbulkan keresahan para penduduk. Nirah bekas kekasihnya yang pernah dinodainya, masih marah kerana pemergian Zahdi tanpa pesan. Musir pula masih terluka hatinya kerana anak dan isterinya tertembak dalam peperangan itu dan menuduh Zahdi sebagai pembunuh. Adnan pula memusuhi Zahdi kerana disebabkan pemuda itu, dia gagal memilik cinta Nirah.
Dapatkah Zahdi menangkis tuduhan-tuduhan ini?
Persembahan dalam bahasa Melayu dengan sarikata Inggeris
Karya oleh A. Samad Said
Arahan Atin Amat
(150min, tanpa masa rehat)
Studio Teater Esplanade
9 Oktober, Jumaat, 8pm
10 Oct, Sabtu, 3pm & 8pm
$25
Harga potongan (terhad) untuk pelajar: $18
Anggota Perkhidmatan Negara dan Warga Emas: $22









