Rantau Berbisik
17 & 18 Oktober, (Sabtu & Ahad)Rantau Berbisik
0leh Kumpulan Tari Nan Jombang
Indonesia
Terokai persisiran indah Sumatra Barat serta alam semesta di Padang, Indonesia. Paya dan puncak-puncaki yang gah menjadi latarbelakang budaya kaum Minangkabau dimana adat, sekaligus menenangkan dan membebankan mereka. Rantau ini membisikkan harapan, impian dan keinginan mereka untuk kehidupan yang lebih baik. Walaupun ada tersirat sifat dendam di kalangan mereka, ia juga mengukuhkan keeratan di antara keluarga-keluarga di sini. Tarian ini mendedahkan penghijrahan serta kerja keras masyarakat Padang dan dipersembahkan dalam dua bahagian.
Bahagian Pertama menyingkap ketegangan yang dirasai penduduk kampung kecil Minangkabau serta mengetengahkan keinginan mereka untuk mencuba nasib di rantauan. Bahagian kedua pula melakarkan pengalaman mereka yang telah mengecapi kejayaan di luar tetapi masih merindui kampung halaman.
Tarian yang diolah perekatari Ery Mefri menggabungkan persembahan mereka dengan vocal dan paluan gendang serta gerak-langkah kontemporari yang sebati dengan ragam kaum Minangkabau, seperti Tarian Piring dan Randai di mana mereka menepuk seluar menghasilkan rentak irama.
(100 min dengan masa rehat)
Studio Teater Esplanade, 8mlm
$30
Harga potongan (terhad) untuk pelajar: $19
Anggota Perkhidmatan Negara dan Warga Emas: $25
Rencana dari Berita Harian
![]() |











